Sabtu, 26 November 2011

Mee kari

Assalamualaikum,
arini fiyda teringin nak kongsi resepi mee kari,
fiyda suka makan mee kari,
sedapp..

Sumber :sajian dapur bonda


Bahan-bahan A ( anggaran 10 orang):
Mi kuning dicelur dan ditoskan
1 mangkuk isi ayam dipotong kecil - (boleh lebihkan, ikut citarasa)
1 mangkuk isi kerang rebus - (boleh lebihkan, ikut citarasa)
Santan secukupnya
2 biji kentang (buang kulit) dan direbus hingga empuk dan dikisar
Sedikit ais asam jawa
Tauhu kering dibelah dua
Chicken ball
Perasa garam dan ajinomoto jika suka
Minyak masak untuk tumisan

Bahan B (Tumisan):
10 biji bawang putih
2 biji bawang besar
4 inci halia dihiris
4 tangkai daun kari
1 inci kayu manis
2 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga

Bahan C (dikisar menjadi pes):
150 gram serbuk rempah kari ayam dan daging (Kak Noor guna jenama Agro Mas)
2 biji bawang besar
5 biji bawang putih
2 sudu besar cili kering kisar

Untuk Hiasan :
Tauhu digoreng dan dipotong kecil
Telur rebus
Cili merah dihiris
Limau kasturi dibelah dua
Sawi, taugeh, dan kacang panjang dicelur
Bawang goreng
Daun pudina (tak letak, terlupa nak beli)

Cara-cara menyediakannya:
1.  Celurkan mi dalam air mendidih.  Letakkan sedikit minyak dalam air supaya mi tidak melekat. Angkat mi dan basuh dengan air sejuk dan toskan.
2.  Untuk membuat kuah.  Panaskan minyak di dalam periuk.  Tumis bahan-bahan B sehingga wangi dan naik bau.  Masukkan bahan C yang telah dikisar (pes). Tumis hingga terbit minyak.
3.  Masukkan isi ayam yang telah dibersihkan. Gaul rata dan biar seketika.
4.  Masukkan santan, air asam jawa, kacau sebati.  Biarkan mendidih.
5.  Sementara menunggu kuah mendidih, kisar kentang yang sudah direbus dengan sedikit air panas. Masukkan ke dalam kuah.
6.  Masukkan kerang, chicken ball, garam, perasa, dan biar sekejap.  Akhir sekali masukkan tauhu goreng tadi.  Masak sehingga mendidih.
7.  Hidangkan dengan tauhu goreng, bawang goreng, sawi, taugeh, dan kacang panjang.  Kalau nak lebih sedap boleh hidangkan dengan sambal tumis sotong kering.

selamat mencuba!

Jumaat, 25 November 2011

Tan yuan

Minggu lepas,
Mr. Aizat kesayangan fiyda bawak fiyda makan Tang Yuan di Bukit jalil,
bila fiyda makan jer Tang Yuan tu,
fiyda terus teringat fiyda pernah masak tu,
Cuma bezanya,
fiyda letak inti kacang dan kuah air gula,
dan yang mr. Aizat bawak makan tue inti coklat dan kuah soya,
sedapp sangat,
tie bolehlah fiyda masak tuk dia,
tak payah nak p makan kat bukit jalil lagi..

tuk yang tak pernah tengok & rase tang yuan nie,
nie resepi tang yuan, 

Tang Yuan

gambar nie fiyda amik kat google

Bahan-bahan (4-5 orang)
  • 300g Tepung pulut
  • 1/2 cup air panas
  • 1 cup air suhu bilik
  • inti - ikot selera masing2. cth: kacang merah, gula melaka, coklat dll
  • untuk syrup : air secukupnya, gula batu/gula melaka/susu soya, daun pandan, secebis halia

cara-cara

  • Dengan sudu kayu, gaulkan tepung dengan 1/2 cup air panas sedikit demi sedikit. Kemudian masukkan 1 cup air suhu bilik sedikit2 sambil gaul. Uli dengan tangan sehingga menjadi doh
  • Uli sehingga doh tak melekat pada tangan. Tambahkan sedikit tepung jika masih melekit. Bahagikan kepada 3 bahagian untuk mewarnakan mengikut citarasa. saya menggunakan pandan paste, warna pink, dan satu bahagian biar warna asal.
  • Uli lagi sehingga warna pada doh sebati. Selepas itu bolehlah memulakan proses uli bebola dan masukkan inti. Buat hingga habis. Saya masukkan inti kacang merah.
  • Rebuskan bebola dalam air yg sedang mendidih. bila dah masak, bebola akan timbul dan terapung. Angkat dan pindahkan kedalam air sejuk (air minum) sebentar. Langkah ini adalah untuk menyejukkan dan supaya bebola tak terlalu masak (overcooked) dan tekstur bebola lebih kenyal dan sedap.
  • Untuk air syrup. Masukkan lebih kurang 1 liter air dan masak dengan gula batu atau gula melaka bersama sehiris halia dan daun pandan. Rasa manis mengikut suka. Saya suka syrup yg manis.. Hidang bebola bersama dengan air syrup yg telah sejuk. Lepastu silakan lah glurrrp..


NOTA KAKI : TANG YUAN NIE MERUPAKAN MAKANAN MSY CINA.

SELAMAT MENCUBA!!