Sabtu, 28 Januari 2012

Spagheti Sos Cendawan

assalamulaikum, 
arini nak tambah 1 lagi koleksi,
resepi nie fiyda amik dari blog Sajian Dapur Bonda
thanks kak noor sebab sudi berkongsi resepi.. ^^


Bahan-bahannya:
1/2 bungkus spaghetti (lebih kurang 250 gm) - Rebus sehingga lembut dan ditoskan.
1/2 botol sos spaghetti cendawan Kimball
1 sachet Sup Cendawan dan Keju Vono
Sayur campuran (mixed vegetables) secukupnya
3 batang sosej ayam -  dipotong bulat
10 ketul nugget ayam - dipotong kecil 
1 biji bawang besar - dihiris halus
2 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos cili
1 sudu kecil lada sulah
Garam dan gula secukup rasa
Minyak secukupnya untuk menumis

Cara-cara membuat sos:
  • Panaskan minyak. Tumis bawang besar yang telah dihiris sehingga kekuningan.
  • Kemudian masukkan sosej ayam dan nuget ayam.  Biarkan masak seketika.
  • Masukkan sos spaghetti cendawan Kimball, serbuk sup cendawan dan keju Vono,  sos tomato, sos cili, dan sayur campuran. Perasakan dengan garam, gula, dan lada sulah. Kacau rata  dan biarkan sos masak.  Sekiranya kuah agak pekat, boleh tambahkan 1/2 cawan air rebusan spaghetti.
Penyediaan Hidangan:
Letakkan spaghetti di dalam pinggan diikuti dengan sos. Letakkan dan sup sekiranya suka.

Antara bahan-bahan yang digunakan untuk membuat sos spaghetti.

Khamis, 15 Disember 2011

Ikan Siakap Kukus Harum

Assalamualaikum,
salam hari jumaat,
arini nak tmbah satu lagi koleksi resepi,
resepi nie fiyda amik dari blog jintan manis,
pinjam erk kak..

\
nie pun gambar dari blog akak tue..




Ikan Siakap Kukus Harum
sumber resepi : rosmarlina @ jintanmanis.com


1 ekor ikan siakap ( saiz sederhana)
2 kuntum bunga kantan
4 inci halia ( guna halia muda lagi sedap)
5 helai daun limau purut
5 biji cili padi
5 biji limau kasturi ( guna air perahan lemon lagi sedap)
1 sudu kecil cuka
garam
2 batang serai
1/2 ikat daun ketumbar ( ni taknak letak pun takpe)
1 batang lobak merah
sedikit garam



Cara-caranya

1. Ikan siakap dibersihkan, kemudian diperap dengan separuh kuantiti air perahan limau dan garam, ketepikan.

2. Bunga Kantan, halia, daun limau purut, cili padi, serai, daun ketumbar dan lobak merah, dihiris halus dan nipis, kemudain satukan dengan separuh lagi air perahan limau, cuka dan sedikit garam, gaul dengan ikan siakap tadi, pastikan dalam perut ikan siakap itu juga diletakkan bahan-bahan tadi.

3. Sediakan pengukus, ambil piring bujur yang agak besar dan letakkan ikan yang siap digaul dengan semua bahan tadi, setelah air kukusan mendidih, Pastikan tutup permukaan ikan tadi dengan alumunium foil ataupun platick wrap, bagi mengelakkan air kukusan menitik ke dalam pinggan, kukus ikan selama 20 ke 25 minit, sedia untuk dihidangkan, selamat mencuba.


Nota: Kalau boleh halia tu, guna halia muda ye, lagi sedap dan wangi jadinye, lagi satu halia muda rasanya tidak terlalu kuat, hiris nipis-nipis dan gaul je dengan ikan siakap tu.

Asam Pedas Ikan Merah gaya nyonya

Assalamualaikum,
fiyda memang dah lame cari resepi asam pedas,
coz aizat suka asam pedas,
so i think i kna beljarlah kan,
resepi nie fiyda amik dari blog diari ummi & blog Cik Mat Gebu

rsz_dsc_9187
pic nie pun Cik Mat Gebu nyer.. pinjam erk.

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor ikan merah saiz sederhana
1 biji terung bulat
12 batang bendi kontot
1 cawan jus asam jawa
Air secukupnya
3 senduk nasi penuh cili kisar
Garam dan gula secukup rasa
1 kiub pati ikan bilis (optional)
1 genggam daun kesom
2 kuntum bunga kantan, belah 2 setiap satu

BAHAN KISAR HALUS :-)
8 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1/2 inci lengkuas
1/2 inci kunyit hidup
3 biji buah keras
1 inci belacan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan merah dibuang sisik, kerat ikut suka, cuci bersih dan perap dengan sedikit garam dan jus limau kasturi selama 10 minit, cuci kembali dan toskan. Terung bulat dibuang sedikit kulitnya, belah 8 dan rendam. Bendi dicuci dan buang sedikit pangkalnya. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan kisar halus hingga harum, tambah cili kisar dan tumis hingga cili garing dan terbit minyak. Tuang air secukupnya dan juga jus asam jawa.Kacau dan biar mendidih.
  3. Masukkan terung , ikan, kiub ikan bilis (jika guna), daun kesom dan bunga kantan. Kacau perlahan dan biar sekejap. Masuk bendi, perasakan dengan garam secukupnya, dan sedikit gula. Masak sekejap hingga bendi lembut. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Boleh hidangkan atau biarkan untuk beberapa jam bagi mendapat rasa yang lebih enak.
tie de mase fiyda nak try,
practise make perfectkan..
so kna practise awal2x tuk my becoming husband mr.Aizat.
(^__^)

Sabtu, 26 November 2011

Mee kari

Assalamualaikum,
arini fiyda teringin nak kongsi resepi mee kari,
fiyda suka makan mee kari,
sedapp..

Sumber :sajian dapur bonda


Bahan-bahan A ( anggaran 10 orang):
Mi kuning dicelur dan ditoskan
1 mangkuk isi ayam dipotong kecil - (boleh lebihkan, ikut citarasa)
1 mangkuk isi kerang rebus - (boleh lebihkan, ikut citarasa)
Santan secukupnya
2 biji kentang (buang kulit) dan direbus hingga empuk dan dikisar
Sedikit ais asam jawa
Tauhu kering dibelah dua
Chicken ball
Perasa garam dan ajinomoto jika suka
Minyak masak untuk tumisan

Bahan B (Tumisan):
10 biji bawang putih
2 biji bawang besar
4 inci halia dihiris
4 tangkai daun kari
1 inci kayu manis
2 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga

Bahan C (dikisar menjadi pes):
150 gram serbuk rempah kari ayam dan daging (Kak Noor guna jenama Agro Mas)
2 biji bawang besar
5 biji bawang putih
2 sudu besar cili kering kisar

Untuk Hiasan :
Tauhu digoreng dan dipotong kecil
Telur rebus
Cili merah dihiris
Limau kasturi dibelah dua
Sawi, taugeh, dan kacang panjang dicelur
Bawang goreng
Daun pudina (tak letak, terlupa nak beli)

Cara-cara menyediakannya:
1.  Celurkan mi dalam air mendidih.  Letakkan sedikit minyak dalam air supaya mi tidak melekat. Angkat mi dan basuh dengan air sejuk dan toskan.
2.  Untuk membuat kuah.  Panaskan minyak di dalam periuk.  Tumis bahan-bahan B sehingga wangi dan naik bau.  Masukkan bahan C yang telah dikisar (pes). Tumis hingga terbit minyak.
3.  Masukkan isi ayam yang telah dibersihkan. Gaul rata dan biar seketika.
4.  Masukkan santan, air asam jawa, kacau sebati.  Biarkan mendidih.
5.  Sementara menunggu kuah mendidih, kisar kentang yang sudah direbus dengan sedikit air panas. Masukkan ke dalam kuah.
6.  Masukkan kerang, chicken ball, garam, perasa, dan biar sekejap.  Akhir sekali masukkan tauhu goreng tadi.  Masak sehingga mendidih.
7.  Hidangkan dengan tauhu goreng, bawang goreng, sawi, taugeh, dan kacang panjang.  Kalau nak lebih sedap boleh hidangkan dengan sambal tumis sotong kering.

selamat mencuba!

Jumaat, 25 November 2011

Tan yuan

Minggu lepas,
Mr. Aizat kesayangan fiyda bawak fiyda makan Tang Yuan di Bukit jalil,
bila fiyda makan jer Tang Yuan tu,
fiyda terus teringat fiyda pernah masak tu,
Cuma bezanya,
fiyda letak inti kacang dan kuah air gula,
dan yang mr. Aizat bawak makan tue inti coklat dan kuah soya,
sedapp sangat,
tie bolehlah fiyda masak tuk dia,
tak payah nak p makan kat bukit jalil lagi..

tuk yang tak pernah tengok & rase tang yuan nie,
nie resepi tang yuan, 

Tang Yuan

gambar nie fiyda amik kat google

Bahan-bahan (4-5 orang)
  • 300g Tepung pulut
  • 1/2 cup air panas
  • 1 cup air suhu bilik
  • inti - ikot selera masing2. cth: kacang merah, gula melaka, coklat dll
  • untuk syrup : air secukupnya, gula batu/gula melaka/susu soya, daun pandan, secebis halia

cara-cara

  • Dengan sudu kayu, gaulkan tepung dengan 1/2 cup air panas sedikit demi sedikit. Kemudian masukkan 1 cup air suhu bilik sedikit2 sambil gaul. Uli dengan tangan sehingga menjadi doh
  • Uli sehingga doh tak melekat pada tangan. Tambahkan sedikit tepung jika masih melekit. Bahagikan kepada 3 bahagian untuk mewarnakan mengikut citarasa. saya menggunakan pandan paste, warna pink, dan satu bahagian biar warna asal.
  • Uli lagi sehingga warna pada doh sebati. Selepas itu bolehlah memulakan proses uli bebola dan masukkan inti. Buat hingga habis. Saya masukkan inti kacang merah.
  • Rebuskan bebola dalam air yg sedang mendidih. bila dah masak, bebola akan timbul dan terapung. Angkat dan pindahkan kedalam air sejuk (air minum) sebentar. Langkah ini adalah untuk menyejukkan dan supaya bebola tak terlalu masak (overcooked) dan tekstur bebola lebih kenyal dan sedap.
  • Untuk air syrup. Masukkan lebih kurang 1 liter air dan masak dengan gula batu atau gula melaka bersama sehiris halia dan daun pandan. Rasa manis mengikut suka. Saya suka syrup yg manis.. Hidang bebola bersama dengan air syrup yg telah sejuk. Lepastu silakan lah glurrrp..


NOTA KAKI : TANG YUAN NIE MERUPAKAN MAKANAN MSY CINA.

SELAMAT MENCUBA!!


Ahad, 27 Februari 2011

Permulaan...

Assalamulaikum..

nie merupakan blog kedua fiyda,
blog nie khas tuk kongsi resepi jer,
fiyda suka kumpul resepi,
persediaan tuk jadi isteri & mummy, hehhehe

so nanti bila free, fiyda kongsi resepi erk..
daa.. love u all.